KETIGA
Setelah Bersih Dari Haid Atau Nifas
Para wanita yang sudah bersih (kering) dari haid dan nifas maka diwajibkan mandi hadas (mandi junub) sebagaimana keterangan dari hadis-hadis sahih yang berikut:
عَنْ عَائِشَةَ اَنَّ فَاطِمَةَ بِنْتَ اَبِيْ جَحْشٍ كَانَتْ تُسْتَحَاضُ ، فَقَالَتْ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ : ذَلِكَ عِرْقٌ وَلَيْسَتْ بِاْلْحَيْضِ . فَاِذَا أَقْبَلْتِ الْحَيْضَةُ فَدَعِيَ الصَّلاَةَ ، وَاِذَا أَدْبَرَتْ فَاغْتَسِلِيْ وَصَلَّيْ
Dari Aisyah bahawa Fatimah binit Abi Jahsy sedang istihadhah lalu aku bertanya kepada Nabi sallallahu ‘alaihi wa-sallam. Kemudian baginda menjawab: Itu hanya sebahagian dari peluh, bukan haid. Maka apabila engkau sedang haid, tinggalkanlah solat dan kalau telah selesai maka mandilah dan bersolatlah”.[1]
---------------------------------------------------------------------------------