Tuesday, April 15, 2008

01 - MANDI HADAS (MANDI JUNUB)

MANDI HADAS (MANDI JUNUB)

Allah Azza wa-Jalla telah mewajibkan setiap mukmin mandi setelah ia berjunub (berhadas besar). Allah berfirman:

وَاِنْ كُنْتُمْ جُنُبًا فَاطَّهَّرُوْا

“Dan jika sekiranya kamu berjunub maka hendaklah kamu bersuci (mandi junub)”.[1]

Pengertian mandi atau al-ghuslu (الغسل) menurut pengertian Bahasa Arab ialah:

“Mangalirkan air ke seluruh anggota tubuh badan”.[2]


اَلْغُسْلُ هُوَ : تَمَامُ غَسْلِ الْجَسَدِ كُلِّهِ.

“Al-Guslu (mandi) ialah: Menyempurnakan membasuh (mencuci) seluruh jasad (tubuh badan)”.[3]


Menurut Al-Hafiz Ibnu Hajar rahimahullah, dimaksudkan mandi junub (mandi hadas besar) ialah:



“Hakikat mandi junub ialah menjirus (mengalirkan) air ke seluruh anggota tubuh[4] (dari hujung rambut ke hujung kaki). Sebahagian ulama mewajibkan berkumur-kumur dan menghisap air ke hidung (memasukkan air ke dalam hidung) semasa mandi junub”.


Adapun sebab-sebab wajibnya mandi junub (mandi hadas besar) ialah setelah terjadi perkara-perkara berikut:

-----------------------------------------------------------------------------------

[1] . Al-Maidah. 5:6.
[2] . Lihat: Fathul Bari. 1/359. Ibnu Hajar.
[3] . Lihat: Lisanul Arab. 2/988.
[4] . Lihat: Fathul Bari. 1/359.